Money Magnet

Energy saya hari ini dipenuhi dengan gelombang kejayaan. Anda bagaimana? Saat ketika anda membaca post ini sebenarnya saya seperti juga jutaan yang lain sedang bercuti. Yelah hari sabtu kan. Seronok sangat sebab dapat berehat tanpa perlu ke pejabat. Tapi kalau hari cuti pun nak ke pejabat tu bagus jugak, sebab tu tandanya anda seorang yang rajin dan bermotivasi tinggi terhadap kerjaya anda.

Sharing hari ini tentang money magnet atau melayu kita selalu sebut adalah pasal pelaris. Khurafat? Anda yang mentafsir sebelum post ini tamat di tulis. Jadi saya biarkan anda dengan persoalan anda. Pelaris yang saya maksudkan money magnet bukan menjurus kepada mana mana jampi nujum dengan elemen limau nipis dipotong ke dalam mangkuk atau juga menggunakan kaedah bakar kemenyen. Jika itu yang bermain di fikiran anda maka anda adalah antara mereka di luar sana yang tidak mengetahui atau kurang mengetahui ilmu yang saya utarakan di sini.

Money magnet itu apa? Perasan tak sometime jika anda pergi ke kedai yang kurang pelanggan kedai tersebut kemudiannya iuga dipenuhi pelanggan. Perasan tak kadang kadang kedai tu kurang pelanggan semasa anda tiba, tak lama selepas anda sampai kedai tersebut dipenuhi ramai orang. Sebenarnya andalah yang telah menjadi money magnet cuma anda tidak sedar.

Ya Allah berikan aku rezeki, kejayaan dan kekayaan. Berapa ramai berdoa seperti ini setiap hari.? Kadang kadang doa tu dah dimakbulkan cuma kita yang tak tahu guna sebab mungkin setelah berdoa anda berharap duit jatuh di depan anda. Money magnet bagi saya adalah cara anda mengapungkan tenaga anda pada kadar melebihi tenaga orang lain dan menyebabkan mereka tertarik sama untuk mendekati anda., juga tanpa sedar.

Jadi sekirnya anda memiliki money magnet seharusnya anda mencari kaedah bersesuaian supaya anda menjadi lebih hebat, berjaya dan kaya. Macamana nak belajar kaedah ini. Datang kelas la kawan.